Sunday, 27 November 2011

Restoran Hover - Nasi Padang di Kota Bharu

pada bulan februari yg lalu, ina telah pulang ke kampung halamanku yang indah. Tujuan utama sebab nak tengok tok esah yang matanya kena operate. so, kitorang semua decided untuk balik seminggu bercuti kat sana. sambil2 tu, sempat lah kami meneroka bandar Kota Bharu. Ade few places yang ina pun tak pernah pergi. Yang paling penting ialah kedai makan la ape lagi ( double-chin monster menyerang! ).

umi ina bercadang nak makan kat Restoran Hover. Dia cakap masa dia kecik2 dulu, dia selalu makan kat situ. ina pun tak pernah dengar ape2 pun pasal kedai tu. So, kitorang terjah! Kebulur sangat~

Kat restoran ni korang tak perlu order, lauk pauk terus dihidangkan. Yang dikira hanyalah lauk yang dimakan saja. Itulah yang diterangkan oleh pelayan kedai tu setelah aunty dengan abah ina kalut duk cakap, "kami tak order semua ni". Kami termalu sekejap.

Lauk pauk yang dihidangkan selepas
kena balun dengan kami

For your information, kat kelantan, rata2 penduduk kat situ mengenali nasi padang dengan nama nasi sumatra.   kedua2 nya adalah benda yang sama. restoran ni memang menghidangkan nasi sumatra yang paling sedap. pemilik resepi asal ialah Osman Laren. ( sape ni? saya pun tak tau. umi yang bagitau). lepas tu, barulah muncul restoran Hover ni. Restoran ni kira macam gabungan cina dan melayu. sebab yang masak melayu, yang buat air pulak orang cina. Sebelah ala2 kopitiam, sebelah lagi sumatra gituuu. Hebat kan?


bergambar kenangan (eh..ade pak cik baju biru nak sibuk pulak. haha)

Kalau berkesempatan, jemput2 lah makan di restoran ni. terletak di Jalan Dato' Pati, Kota Bharu. Sedap!

No comments:

Post a Comment