Sunday, 27 November 2011

Kuih Manja @ Pasar Kubang Pasu

Hari ni pagi2 lagi dah rajin, so, dapatlah membeli belah kat pasar pagi berhampiran dengan umah. Namanya Pasar Kubang Pasu. Mesti ade yang pernah dengar tempat ni kan? Salah satu tempat di Kelantan yang menawarkan pelbagai jenis juadah hasil air tangan rakyat negeri ini. Dan semestinya yang paling menyelerakan ialah pilihan kuih muih yang 'fresh' panas2 lagi. Antaranya ialah kuih manja. Merupakan sejenis crepe dengan inti kaya ataupun kelapa manis. Murah saje. Mari mari 10 bijik seringgit!

ni la rupanya (image:google)

Beberapa bulan yang lepas, ina ade tengok rancangan Bizarre Foods with Andrew Zimmern kat channel TLC. Secara kebetulan ternampak si mamat Andrew ni duk makan kuih lebih kurang sama dengan kuih manja ni. Cuma crepe nya lagi nipis. Time tu episod kat Thailand. Lepas tu google dan dapat tahu yang nama kuih tu Khanom Buang. Nak tau lebih lanjut, klik kat sini Khanom Buang.

No comments:

Post a Comment